Hari ni dah mula keluar matahari sikit. Dah mula panas di Kota Bharu selepas hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di KB.
So, boleh la makan makanan sejuk-sejuk jenis pudding. Hehe Hari ni, Puding Koktel. Ohnyam!
Cara masak mudah sahaja.
Bahan-bahan
Satu tin buah (saya guna buah jenama Del Monte)
Satu tin susu sejat
500 liter susu segar
Kastad
Satu cawan kastad
2 cawan air
Cara masak
Masakkan tepung kastad dan air, campurkan sebahagian air buahan dlm tin bersama kastad.
Untuk kuahnya, isi buah-buahan dicampur dengan susu sejat, sebahagian air buahan dalam tin dan susu segar.
Siap!
Dah boleh makan!


{ 2 comments… read them below or add one }
nampak macam sedap.
hoho..bak sikit..