
- *60g tepung gandum
- *25g gula halus
- 200ml susu segar
- 60~80g cream cheese
- 4 biji telur kuning
- 80g mentega
- 4 biji telur putih
- 50g gula halus
Adunan A
- Letakkan susu dan cream cheese yang dipotong kecil-kecil ke dalam periuk. Dengan api sederhana, panaskan susu sehingga cair guna cara double boiler. Kemudian padamkan api. Kacau sehingga cream cheese cair.
- Kemudian masukkan butter dan sejukkan. Masukkan kuning telur, kacau sehingga sebati.
- Masukkan pula bahan (*) yang telah diayak. Kacau lagi.
Adunan B
- Sediakan meringue. Masukkan telur putih ke dalam mangkuk. Pukul sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul.
Langkah seterusnya,
- Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
- Masukkan 1/2 daripada (B) tadi ke dalam (A). Kacau dengan balloon whisk atau hand mixer.
- Kemudian masukkan pula 1/2 (B) lagi ke dalam (A). Kacau dengan kaedah kaup balik. Kacau lagi.
- Isikan adunan ke dalam loyang dan bakar.
- Isikan oven plate dengan sedikit air suam atau kaedah au bain-marie (waterbath) . Bakar dengan suhu 180 degree selama 15~20 minit. Turunkan suhu ke 140 degree. Bakar lagi selama 30 minit.
- Bila dah masak, bolehlah sapukan permukaan dgn jem aprikot untuk nampak berkilat (jika mahu).

Dah masak.. boleh makan. Gebu!
