Ni antara menu cepat dimasak, bagi sesiapa yang cepat lapar :D Selalunya Bubur Oat ni, orang makan dengan susu je. Macam yang duk iklan dalam tv tu.
Tapi aku makan macam ni. Hehe Macam bubur lambuk atau bubur nasi juga.
Tumis bawang putih, masukkan air dan udang. Kemudian masukkan telur ayam, sayur-sayur. Garam sikit.

Dalam bubur oat aku ni, ada dua jenis cendawan, iaitu cendawan butang dan cendawan shimeji. Oh sedap! Korang kena cuba. Pelbagaikan makanan berupa oat ni. Baik untuk kesihatan.
