Peh.Dari info Google+ Circle. Secara senyap-senyap Google+ Trending dilepaskan pada malam Khamis yang lepas.
Sebijik meniru Twitter Trending, yang membezakannya Google+ Trending topic tidak berada di page utama sebagaimana Twitter. Sebaliknya berada di Google+ Search.
Di Google+ Trending topic, ia mengandungi 10 katakunci paling banyak dibincangkan di Google+.
Jika sebelum ini kita menggunakan Twitter trending untuk tahu worldwide topic yang dibincangkan, sekarang masanya untuk cuba menggodek Google+ Trends. Mengambilkira Google sebagai sebuah enjin terbesar dunia, mungkin boleh disimpulkan bahawa Google+ Trends lebih relevan dibandingkan Twitter Trends.
Kalaulah saya ini Twitter, kehadiran Google+ Trends sedikit sebanyak boleh sebabkan saya berpeluh-peluh.

