Kerja Kosong KWSP

by KBLOG on November 13, 2011

in Kerja

email

kerja kosong kwspKUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEGAWAI KERJA AKAUN

Skop Kerja:

Mengendalikan pengurusan fungsi perakaunan dan kewangan mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam standard perakaunan antarabangsa dan khusus mengikut sistem perakaunan KWSP.

Kelayakan:

Memiliki Diploma Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); DAN

Lulus Bahasa Malaysia termasuk lulus ujian lisan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

STATUS JAWATAN: Tetap.

CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan permohonan (nyatakan jawatan yang dipohon) beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip akhir, kad pengenalan (MyKad), sijil kelahiran, slip gaji (jika ada), nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) selewat-lewatnya pada 22 NOVEMBER 2011 ke:

JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 21 BANGUNAN KWSP
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR

ATAU

pka.hrmd@gmail.com

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan. Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja akan diproses.

Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

viewed 1638

{ 2 comments… read them below or add one }

Jawatan Kosong 2012 January 7, 2012 at 12:19 pm

Ada ka maklumat jawatan kosong KWSP tahun 2012 ni?

Reply

KBLOG January 7, 2012 at 12:24 pm

buat masa ni saya tak tahu. nti klu ada saya update

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award