Bank Islam Online Banking Sangat Tidak Friendly User

by KBLOG on October 23, 2011

in Bisnes dan Market,Internet,Tech

email

Aku dah lama hairan dengan Bank Islam online banking website yang pada pendapat aku, sangat tidak friendly user. Kalau diberi markah, dari skala 1 – 10 yang mana 10 paling bagus.. markah yang aku nak beri cuma samada 2 ataupun 3.

Perkara paling bingai dan nampak tidak bijak bila menggunakan Bank Islam Biz ataupun Bank Islam Online Banking ialah, aku tak boleh guna atau akses menggunakan Google Chrome. Bukan di satu laptop, tapi di 3 laptop lain aku cuba pun masih tak dapat. Sedangkan, sepanjang aku guna Maybank dan CIMB aku tak pernah pula hadapi masalah tak boleh akses guna Google Chrome. Bukan orang yang buat website Bank Islam Online Banking tak tahu bahawa tak ramai orang guna Internet Explorer. Itu satu hal.

Bukan aku seorang yang komplen masalah tak boleh guna Google Chrome, dari apa yg aku tengok di Bank Islam Fanpage, ada juga org lain yang komplen. Atau, memang Bank Islam memang mahu cari gaduh dengan Google Chrome?

bank islam biz stupid popup

Hal kedua, terlalu banyak popup window yang muncul. Popup seperti di bawah muncul berkali-kali dan bagi aku, itu sangat annoying. Tak apa lah, aku boleh disable popup daripada muncul di screen aku. Tapi, macam mana dengan pengguna lain yang tak reti nak disable popup?

bank islam biz stupid popup

Dan yang ketiga, masih dengan terlalu banyak perkara yang muncul. Iaitu, tiga kali window dibuka bagi sekali aku login dan logut. Bagi aku, angka itu masih terlalu banyak. Tiga window muncul bermaksud tiga kali aku kena hulurkan mouse untuk klik button close. Ini sangat tidak mesra pengguna.

bank islam biz stupid popup 2

Kalau nak kata Bank Islam Online Banking tu masih baru dan perlu banyak belajar, aku tak percaya lah. Sebabnya dah bertahun-tahun aku guna Bank Islam ni tapi nampaknya tidak ada penambahbaikan dari segi mesra pengguna. Sungguh aku cakap, menyusahkan pengguna.

Lihat sahaja Maybank2u. Tidak ada langsung pun muncul popup di screen aku, dan window yang dibuka cuma satu. Tapi Bank Islam Biz ni sampai tiga window.

Agak-agak, bilakah Bank Islam akan jadi cerdik dan grad dari tadika?

viewed 4309

{ 10 comments… read them below or add one }

amirnawawi October 24, 2011 at 11:12 am

Erm, aku sampai sekarang xleh bukak bank islam online nih. Macam stuck jer. So aku prefer guna Maybank ngan CIMB jer.. Bengang jugak kalau selalu camni.. Error dan macam2 lagi masalah yg timbul.

Reply

hani January 26, 2012 at 6:51 pm

Allah. Alhamdulillah. nseb baik jmpe web ni. ptotla xleh bkk web bnk islam intrnet bnking. rpenye kne bkk kt internet explorer je. sakit hati tul. at least tulisla kt web bank islam uh leh support internet explorer je. sy x terpkir pon nk bkk kt ie. tggu dye loadg pnyela lme ps2 xleh gk. mmg frustla kn. ps2 search kt google xde pn yg jd cm sy. las2 jmpe blog ni. thnx neway :)

Reply

Nazrin January 31, 2012 at 8:16 pm

salam…owhhh…mmg kalu pakai google chrome x boleh aksess rupenye..huhu..tq 4 info..=)..baru jap td try gune mozilla fox..sib baik bole…=)

Reply

khalif March 3, 2012 at 12:23 am

lorr. patut le pun. kalo x tau ni, berbulan2 try refresh pun page still error jgk. mana guna ie dah. org guna alternative skg ni. huh. tq bro!

Reply

miafikmaa May 13, 2012 at 1:49 am

emm saya pon ada masalah nak bukak BIMB .. huhu.. nasib baik ade mozilla firefox.. kuikuikui :D

Reply

Edi May 31, 2012 at 5:48 pm

Thanks for the info.

Patut la bukak website dia bukan main lame lagi..ingatkan under maintenance. rupenya tak support GC. ceh.

Reply

fida November 5, 2012 at 1:53 am

selalu bole je xde masalah

Reply

Ustaz Saiful February 2, 2013 at 12:13 pm

Secara umum prestasi tu sederhana, agak seksa berurusan kalau line kurang, yang agak laju kalau kita nak bayar kad kredit/visa…perlu kurang popup, lambatkan pertanyaan untuk logout akaun sampaikan nak isi data yang perlu pun tergesa-gesa…x tenang. Kalau semua ni diambilkira, rasanya tidak perlu saya tranfers sebahagian gaji daripada BIMB kepada Maybank2u untuk buat urusan bayaran bil2 online. Harap ambil perhatian untuk kebaikan semua…

Reply

Azlina April 8, 2013 at 4:48 pm

Saya bermasalah dengan receptionist/pegawai yang jawab masalah online internet banking. Saya jarang buka bankislam.biz. hanya sekali-sekalai menyebabkan account saya disekat. Adakah patut saya dah bagi semua maklumat diri, tiba-tiba dikatakan maklumat tak betul…hanya kerana saya beri anggaran baki dalam akaun nombor terdekat. Pegawai tu minta juga figure baki yang betul sehigga puluh terhampir!…Masyaaallah…manalah nak ingat figure tepat2. Bingung dan bengang juga sebab suruh saya semak dengan Bank cawangan pulak. Tidakkah itu kurang professional.

Reply

KBLOG April 8, 2013 at 4:53 pm

Tidak professional dan tidak bijak.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award