Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikut Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Program ini dijalankansecara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru (IPG)/ Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) selama 4 tahun. Peserta yang lulus sahaja dalam peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.
Syarat tambahan bagi cikgu yang ingin memohon PJJ iaitu mesti mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Mempunyai kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental dan akhir sekali mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 (Isnin) bermula jam 10:00 pagi. Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang berkenaan untuk eneliti Paduan Permohonan dan memahami tatacara membuat permohonan secara dalam talian ini.
Tarikh Tutup Permohonan: 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11:59 malam.
