
Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan dibuat pada bulan Disember, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baru persekolahan bermula.
“Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan itu,” katanya.
- Bernama
PS: Difahamkan agihan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah ini akan diagihkan melalui Bank Simpanan National.

{ 2 comments… read them below or add one }
Assalamulaikum,,..saya ada anak baru masuk sekolah darjah satu,..bila agak nya peruntukan untuk anak saya dapat,..untuk meringgan kan bebang saya,untuk perbelanjaan ke sekolah,..kerana ank saya ini telah lama di tinggal oleh bapa nya,..tanpa memberi nafkah,..nie no telefon saya,..0139493290,..saya ingin tahu maklumat ini,..
rasanya klu baru masuk darjah 1 tahun ni tak dikira. yg dikira ialah tahun lepas bersekolah..lagipun, tarikh utk dapatkan bantuan tu dah habis. pihak skeolah yang uruskan