Ni Rupa Pengadil Terengganu VS Kelantan

by KBLOG on October 12, 2011

in Lawak,Semasa

email

pengadil kelantan terengganu

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menyifatkan lima kad merah dan 10 kad kuning oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab pada suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin, menjejaskan rentak (menampakkan jahat pengadil) perlawanan kedua-dua pasukan.

Timbalan Presidennya, Mahizi Mahood berkata, perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku jika pengadil bijak (dengan kata lain, bermaksud tidak bijak atau bodoh) mengawal suasana sepanjang perlawanan.

5 kad merah kelantan vs terengganu

“Sekiranya perlawanan tersebut diadili oleh mereka yang berpengalaman (dengan kata lain, pengadil tidak berpengalaman) perkara ini mungkin tidak berlaku. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya memilih pengadil yang berwibawa untuk perlawanan ini, memandangkan ia mempertemukan dua pasukan yang penuh dengan tradisi tersendiri.

“Perlawanan penting seperti ini seharusnya diadili oleh pengadil terbaik (dengan kata lain, terjahat). Saya harap FAM dapat menilai semula prestasi pengadil untuk perlawanan akan datang. Pada perlawanan semalam saya lihat banyak keputusan pengadil menimbulkan keraguan di kalangan peminat.

“Saya lihat pengadil terlebih emosi (dengan kata lain, ada sedikit gangguan pada mentalnya) berbanding pemain dan penyokong. Keputusan pengadil perlu tepat kerana ia akan mengubah corak perlawanan,” katanya.

Sumber di sini.

PS: Tulisan warna biru tu, ialah dari apa maksud sebenar yang aku faham. Harrrrr! Gua marah ni!!

viewed 2129

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award