Bantuan RM500 akan diberi awal Januari 2012

by KBLOG on October 12, 2011

in Freebies

email

Mengikut Belanjawan 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah  mulai Januari 2012.

bantuan rm500 isirumah bawah rm3000

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia.

LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri. Pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Sumber Bernama

viewed 1392

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award