UNIT CARI JODOH ATAU ‘MAHLIGAI SAKINAH’ OLEH KERAJAAN KELANTAN

by KBLOG on October 11, 2011

in Agama,Wanita

email

Hasrat kerajaan Kelantan membantu wanita bujang mencari pasangan melalui penubuhan unit cari jodoh atau `Mahligai Sakinah’, kurang mendapat sambutan di kalangan lelaki apabila tidak ramai yang berminat untuk mendaftar.

Sambutan dingin daripada kaum Adam itu menyebabkan unit berkenaan menghadapi masalah untuk mencarikan pasangan sesuai bagi wanita yang berdaftar.

Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, unit ‘Mahligai Sakinah’ yang diwujudkan sejak 2007 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.

Tanpa menyebutkan angka terkini yang berdaftar, beliau berkata, kekurangan publisiti mengenai Mahligai Sakinah mungkin menjadi antara faktor kurangnya calon lelaki di samping kecenderungan orang muda mencari jodoh sendiri. – Utusan

————————————————–

Nak tau kenapa kurang sambutan?

Sebabnya… aku sendiri pun tak tahu kewujudan Mahligai Sakinah di Kelantan. Sekali baca, dengan nama Mahligai ni aku terbayangkan sebiji rumah banglo yang diberi nama Mahligai Sakinah.

Rupanya Mahligai Sakinah ni berfungsi seperti agensi cari jodoh. Tapi kat mana maklumat ni dihebahkan aku pun tak pasti. Bab-bab info ni aku jarang outdated.

Marketingnya yang tak betul, atau hanya dihebahkan kepada orang-orang yang kuat berparti sahaja :P

viewed 4859

{ 1 comment… read it below or add one }

NORHIDAYAH BT ISMAIL October 14, 2012 at 8:10 pm

salam,macam mane untuk mendaftar dalam mahligai sakinah…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award