Bob Lokman ditahan JAIS

by KBLOG on October 11, 2011

in Agama,Lawak

email

Pelawak, pengaracara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkiran di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini. Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahuMalaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada JAIS pada jam 10 pagi nanti.

Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam. Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kemada hadirin surau itu malam tadi. http://www.malaysiakini.com/news/178288

—————————————————

Ayah aku lulusan Lughah Lucknow University di India dan Benghazi Universiti di Libya, Sarjana dan PhD dari Universiti Malaya. Abang Ipar aku lulusan Lughah juga University of Jordan, Abang aku sorang lagi lulusan Syariah Universiti Malaya. Kakak aku sorang tu Sarjana Muda dan Sarjana di UM dan UKM. Kakak sulung lulusan Universiti Jordan.

Daripada semua adik beradik aku yang di atas tu, tak ada seorang pun yang ada tauliah mengajar agama dari mana-mana badan. Jadi, bila dijemput menyampaikan ceramah agama pun.. mereka tolak sebab tak ada tauliah mengajar di masjid. Kecuali abah aku yang tauliah Guru Takmir. Jadi, aku faham benar siapa yang boleh beri ceramah agama di masjid ni. Tak ada tauliah, memang tak boleh mengajar agama secara suka suki macam tu.

Abang dan abang ipar aku yang ustaz-ustaz pun tak berani nak beri ceramah agama sedangkan mereka lulusan agama.. jadi, bila pelawak yang beri ceramah agama ni.. timbul satu ? dalam kepala aku. Walaupun tak sama dengan Sinar Harian tanya pendapat artis bab hudud tapi tetap pelik bila orang yang bukan ahli bercakap sesuatu yang bukan bidangnya.

Lainlah kalau Bob Lokman beri ceramah motivasi ke. Sessi kaunseling ke.. asalkan bukan tazkirah atau ceramah agama mungkin tak kena tangkap la.

viewed 1010

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award