Kuman Listeria: Hati-hati Makan Buah-buahan Import dari USA

by KBLOG on October 7, 2011

in Ohnyam!

email

kuman listeria

Sejak seminggu lalu Kementerian Kesihatan memantau semua pintu masuk ke negara ini terutama laluan udara bagi mengawal semua jenis makanan terutama sayur dan buah-buahan yang diimport dari Amerika Syarikat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata pihaknya mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang dan Kota Kinabalu dan mengambil sampel semua jenis makanan yang diimport itu untuk diuji bagi mengesan kuman listeria monocytogene yang boleh menyebabkan pencemaran dalam makanan.

Katanya, pihaknya hanya mengambil sampel makanan untuk ujian makmal bagi mengesan kuman berkenaan selain langkah berjaga-jaga bagi memastikan penyakit listeria dengan simptom sakit perut akut tidak merebak ke negara ini.

“Bagaimanapun, hingga kini, belum ada laporan penyakit itu merebak ke negara ini, kerana sejak awal kita mengawal semua kemasukan makanan yang diimport untuk memberi jaminan kepada rakyat negara ini.

“Namun kita tetap perlu berwaspada dan kerajaan membenarkan kemasukan makanan dari mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat,” katanya selepas melawat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Mohd Kamil Hassan dan Pengarah HRPZII Kota Bharu, Datuk Dr Mohd Ghazali Hasni Mohd Hassan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, 15 rakyat Amerika Syarikat meninggal dunia selepas kuman listeria itu dijumpai dalam sayur dan buah-buahan yang ditanam petani negara berkenan dan dikesan pertama kali pada 31 Julai lalu, manakala kira-kira 72 lagi turut menerima rawatan kecemasan akibat terkena kuman berkenaan.

Dr Hasan berkata, kementerian tidak merampas makanan yang diimport itu, tetapi hanya mengambil beberapa sampel untuk ujian dan jika didapati positif, langkah susulan akan diambil.

“Bagaimanapun, rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan makanan yang diimport dari negara itu, kerana kita mempunyai banyak pilihan dan jika risau sangat, pilihlah sayur dan buah-buahan tempatan yang juga segar serta dijamin selamat,” katanya sambil menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom sakit perut akut dan cirit birit berterusan supaya segera menjalani pemeriksaan di hospital.

viewed 786

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award