Ni video belanjawan 2012 yang dibentangkan lebih awal. Video Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat. Aku tak pasti lah Belanjawan 2012 ni untuk negara mana, tapi ini memang agak…. err.. lawak.
Aku pun nak bentang belanjawan jugak. Untuk tahun 2020! Heh heh
———————————
Di bawah ni komen Che Det,
KUALA LUMPUR 4 Okt. – “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.
Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.
Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
“(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja,” kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini, hari ini.
“Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya),” katanya.
“Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah,” kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
