Facepalm. Facepalm. Facepalm. Sambil geleng-geleng kepala. Aku bekas pelajar UiTM, tapi UiTM Machang.. bukan UiTM Perak. Sebagai orang UiTM, ini memalukan.
Polis menahan seorang pelajar lelaki institut pengajian tinggi di Perak semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja wanita yang tubuhnya 80 peratus terbakar di Lembah Jaya Ampang pada 5 September lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata pelajar berusia 19 tahun itu menuntut di tahun dua program Sarjana Muda Juru Ukur Bahan di Sri Iskandar.
”Kita turut merampas telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta Perodua Kancil milik keluarga pelajar lelaki itu yang di dalamnya terdapat helaian rambut yang belum dikenal pasti,” katanya pada sidang berita di sini.
Tun Hisan berkata, polis juga mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang di mana petrol yang dikatakan dibeli untuk membakar mayat remaja itu. Pelajar lelaki itu yang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di luar kampusnya direman tujuh hari.
Tun Hisan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pelajar lelaki itu, yang berasal dari Taman Ukay Perdana, Hulu Kelang, mengenali mangsa yang menetap di Selayang. – BERNAMA
Ni pula respon Ketua Program tersebut..

