400,000 Rakyat Kelantan Tidak Mampu Beli Rumah

by KBLOG on September 13, 2011

in Bisnes dan Market

email

KOTA BAHARU, 13 Sept (Bernama) –Kira-kira 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah, demikian menurut kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan negeri ni.

Pengerusinya, Datuk Sekarnor Che Omar berkata ini berikutan faktor kos pembinaan yang tinggi menyebabkan pemaju di Kelantan tidak dapat menyediakan rumah mampu milik, dan hanya membina rumah berharga RM150,000 ke atas.

“Ini menyebabkan rumah berkenaan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran Rehda Youth Kelantan serta rumah terbuka Aidil Fitri persatuan itu di sini Selasa.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi membina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM80,000 ke bawah, serta menyasarkan 100,000 unit setahun bagi mengatasi masalah perumahan di Kelantan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, Buletin Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan melaporkan masih terdapat seluas 21,000 hektar tanah yang diistilah sebagai terbiar di seluruh negeri itu yang boleh dibangunkan sebagai projek perumahan.

Betullah tu. Rumah di Kelantan mahal, harga tanah
pun mahal. Booming dan bubble. 
Nak buat macam mana? Memang harga barang naik...
viewed 1220

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award