Positive Reviews dan Testimoni. Jangan Percaya Sangat!

by KBLOG on September 5, 2011

in Bisnes dan Market,Blogger,FB G+,Kempen

email

Fake reviews dan fake testimony aku anggap sebagai sejenis penipuan internet juga. Penipu cara halus. Jarang nak jumpa review tulus hati di internet ni, especially bab positive reviews. Aku rasa… aku rasa la… mana-mana syarikat yang di review terlalu bagus, terlalu positif, perkhidmatan terrrrrrrrrrrrrbaik punyer, produk gila bagus, ebook gila mantap.. aku rasa itu semua FAKE REVIEWS.

Bukan sahaja omputih, tapi orang tempatan kita pun sama. Khidmat jual review ni antara khidmat atau servis paling laku di internet. Sebab apa? Sebab ramai yang nak perdaya bakal pelanggan. Lihat sahaja Petknode yang punya positif review dan testimoni di internet, tapi rupanya khidmat punya hampeh.

Review positif memang susah nak dapat. Sebab tu kebanyakan marketer akan beli review. Kat mana nak beli review yang murah-murah dari mereka yang terer menulis review? Cuba lawati laman-laman microjob site. Mesti akan jumpa servis tulis positive reviews.

cara tulis reviews

Screenshot diatas ialah antara contoh dari laman web yang jual khidmat review. Lihat dan baca satu-satu, semuanya offer positive reviews.  Jangan ingat benda ni tak berlaku di Malaysia sebab aku pernah jumpa penulis positive reviews dari Kelantan!! hohoho Sekampung ngan aku pulak tu!

viewed 2366

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award