Bekalan Darah HRPZ II Kritikal

by KBLOG on September 4, 2011

in Semasa

email
Mana tak kritikalnya..? Wad bersalin HUSM yang dalam proses ubahsuai 
dipindahkan sementara ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.Tu sebab 
tak cukup darah tu..

Tahap bekalan darah di Pusat Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kini kritikal ekoran peningkatan penggunaan bekalan darah pada musim perayaan Aidilfitri.

Pegawai Perubatan Unit Penderma Darah Jabatan Patologi Dr Ahmad Fadzil Hassan berkata bekalan darah di pusat itu banyak digunakan pada cuti perayaan ini bagi kegunaan dalam kes kemalangan, pembedahan dan wanita bersalin.

“Kebiasaannya untuk operasi, keperluan minimum untuk HRPZ II adalah lebih 150 pain dan bekalan darah selepas hari raya kini hanya tinggal 180 pain sahaja.

“Namun begitu, jika banyak kes-kes kecemasan berterusan berlaku pada cuti Aidilfitri yang masih panjang ini, bekalan sebanyak 180 pain itu tidak akan dapat menampung keperluan semasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini, memetik Bernama.

Dr Ahmad berkata pusat itu sedang berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100 pain darah lagi bagi membolehkan bekalan darah dapat dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hospital swasta dan hospital-hospital daerah.

Antara usaha pihak hospital termasuklah membuka kaunter derma darah di unit tersebut pada malam raya dan hari raya pertama bagi membolehkan bekalan darah diperoleh, katanya. Selain itu, katanya, HRPZ II akan membuka kaunter derma darah di Politeknik Kota Baharu di Kok Lanas pada 13 Sept bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Katanya HRPZ II mengalu-alukan penderma darah terutama darah jenis A dan O untuk tampil bagi menampung kekurangan bekalan itu. “Penderma baru amat dialu-alukan dan mereka tidak perlu takutkan jarum kerana ia tidak sakit dan selamat apabila penderma diberi ubat pelali, malahan selepas menderma, ia membolehkan derma darah berulang dilakukan tiga bulan sekali,” katanya.

viewed 636

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award