Pelajar Kolej Swasta Kena Tembak Polis

by KBLOG on September 1, 2011

in Semasa

email
Heh, lagi cerita polis. Pagar makan padi lagi. Hurmm...
Dan berita ni nampaknya lambat diterbitkan di Utusan, nasib
baik ada pelapor aktif, Malaysiakini :)

Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal.

“Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pe jabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan.

Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun. Semua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan.

Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi. Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki.

viewed 688

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award