Berhenti Minum Kopi Tahi Musang atau Kopi Luak Jap

by KBLOG on August 17, 2011

in Ohnyam!

email

Ni pesanan Majlis Fatwa Kebangsaan kepada penggemar Kopi Tahi Musang atau Kopi Luwak. Kopi Tahi Musang atau Kopi Luwak ialah sejenis kopi yang paling lazat di dunia (orang yang dah minum la yang cakap ni, aku tak pernah minum lagi kopi ni walaupun aku penggemar kopi).

Kopi ni dari hasil buangan musang. Peladang bela musang untuk makan biji kopi. Musang ni akan makan hanya biji kopi terbaik, jadi bila musang tu memerut… hasilnya ialah kopi terbaik! Dari situlah terjadinya kopi luwak. Ambik hasil memerut tu, proses jadi kopi kemudian dijenamakan. Paketkan dalam paket ekslusif kemudian letak di pasaraya-pasaraya.

Penggemar kopi pun pergi ke pasaraya, beli, bayar dan balik rumah kemudian kacau-kacau kopi dengan air panas. Sruuuupppp! Aaaah.

Adakah ia sama dengan meminum air najis? Tidak.

Ketua Suruhanjaya Fatwa Majlis Ulama Indonesia cakap Kopi Tahi Musang halal, kerana:

Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis.
Kopi luwak  dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan.
Meminum kopi luwak  dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli,
meminum kopi luwak,  hukumnya boleh.

Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.

Apapun, keputusan Majlis Fatwa Malaysia mahu semak dulu.. itu keputusan terbaik. Mungkin cara proses pembersihan dulu dan sekarang tidak sama. Jadi, minum kopi lain dulu ya, tapi bukan 40 jenis kopi beracun ni

berhenti minum kopi tahi musang kopi luwak

Oh ya, Apa.. lain ke hukum di Indonesia dan di Malaysia?

viewed 4430

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award