Paderi Gay Malaysia Nak Kahwin, dan Sabah bakal jadi Best Gay Travel Destination!

by KBLOG on August 14, 2011

in Semasa

email

Ada sesiapa nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada bakal pengantin gay pertama Malaysia?

paderi gay malaysia

Hoi hoi. Pak Cik Paderi ni samada sedar atau tak sedar, Malaysia ni bukan tempat untuk gay. Mahu pecah rekod jadi pengantin gay pertama Malaysia gamaknya?

Pelik betul akhir-akhir ni, banyak isu-isu yang panas-panas. Isu pemeriksaan gereja belum reda lagi, kes resipi babi dalam Ramadhan Delight The Star, ni isu paderi gay nak kahwin pula. Ini semua dalam tempoh yang amat singkat. Semuanya dalam bulan Ramadhan ni je. Lagi 15 hari lebih Ramadhan kita ni, isu apa lagi nak timbul ya?

Oh ya, dalam agama Kristian, homosexual amat dibantah. Ni mesti paderi tak warak ni, tu sebab nak lawan hukum agama.

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan ‘kekasihnya’ di negara ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini. “Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini.

“Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai. “Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Wen Feng yang membuat pengakuan terbuka untuk melangsungkan perkahwinan dengan ‘kekasihnya’ seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis itu bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan juga di negara ini.

Jelas Mohd. Jurit, berdasarkan pemerhatiannya, budaya songsang itu sebenarnya semakin menular dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mungkin disebabkan pengaruh media Barat yang gemar ‘menghalalkan’ watak gay pada cerita-cerita popularnya.

“Pencegahan awal seperti menghalang perkahwinan sebegini adalah amat penting bagi menjamin akhlak rakyat tidak runtuh. NGO juga perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik dalam menentang perkembangan negatif ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, perkahwinan sejenis adalah bertentangan dari segi moral serta budaya dan tidak diterima di negara ini.

“Malaysia tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Saya pasti masyarakat mengetahui hal ini, tetapi mengapa dia (Wen Feng) masih berdegil mahu melakukan majlis perkahwinan di sini. “Jika dia masih mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya di sini bulan depan, bererti dia sudah melanggar Perlembagaan negara,” tambahnya.

Selepas quick research di internet ni, baru lah aku tahu sesuatu.
Wujudnya gereja gay pertama di Malaysia, paderi ni la kepalanya.
Dan, DINK. Tahu tak apa itu DINK Project atau nama panjangnya,
Dual Income No Kid di bawah PINK DINK?

Kalau tak tahu, sila Google sendiri :-)

paderi gay malaysia

Blogger nama Stardustnick pula, bersemangat betul dalam mencapai
objektif hidupnya untuk menjadikan negeri Sabah sebagai 
Best Gay Travel Destination! Sabah itu di Malaysia Barat.
Eh Eh! Malaysia??

Jika impiannya jadi kenyataan, maka Sabah bakal jadi Best Gay
Travel Destinantion. Bila ada Best Gay Travel Destination, sudah
tentu nanti akan ada Best Lesbian Travel Destination! 

Apapun, semoga Kelantan kekal Negeri Serambi Mekah.
viewed 2551

{ 1 comment… read it below or add one }

Empayarutama August 14, 2011 at 7:38 am

uih.. macam ni adaaaa… makasih share this

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award