Rumah Kos Rendah

by KBLOG on August 13, 2011

in Bisnes dan Market

email

Aku baca Utusan. Walaupun orang cakap Utusan agak meloya, tapi aku baca juga. Sebab si tukang cakap tak ada surat khabar sendiri. Dan berita di bawah, memang sedikit meloyakan.

KOTA BHARU 13 Ogos – Syarikat Perumahan Negara (SPNB) berkata, Kelantan merupakan negeri yang membuat permohonan tertinggi untuk projek perumahan kos rendah dikenali sebagai Program Perumahan Mesra Rakyat (PMR).

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Profesor Kamarul Rashdan Salleh berkata, lebih 40,000 permohonan untuk projek PMR diterima dari seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, Kelantan merupakan negeri tertinggi yang rakyatnya membuat permohonan untuk projek berkenaan, iaitu sebanyak 6,043 permohonan diikuti Terengganu yang mencatatkan 5,500 permohonan untuk projek itu daripada 13 negeri lain,” katanya selepas majlis penyerahan indan kerja kepada kontraktor program PMR Kelantan bagi Parlimen Kota Bharu.

Kamarul Rashdan berkata, projek perumahan itu bernilai RM70,000 sebuah dengan kerajaan membiayai RM25,000 sebagai subsidi untuk rumah PMR dan pembeli hanya perlu membayar RM150 sebulan bagi tempoh 25 tahun. – Bernama

Nak cakap orang Kelantan miskin la tu.
Tapi aku lebih selesa kalau dikatakan, oportunis.

Bukan menuduh. Aku rasa.. kena selidik betul-betul dulu permohonan setiap orang. Sebab, aku dah jumpa 2-3 orang yang tak la miskin pun. Tapi dapat biayaan rumah kos rendah.

Sungguh, aku.. kalau ada peluang pun aku akan mohon!
Nanti bayaran bulanan cuma RM150, pastu boleh sewakan rumah tu.
Di sini,paling cikai rumah pun dah RM400. Kan boleh untung RM250
sebulan tu. Hehe :)
viewed 4093

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award