Bonus Raya 2 Bulan Gaji?

by KBLOG on August 5, 2011

in Kerja

email

Update: Bonus Raya 2011 separuh bulan gaji atau minimum RM500, dan RM500 kepada penjawat awam. Info lanjut di sini

Aloh.. bestnya kalau dapat kan? Bukan aku yang best sebab aku bukan kakitangan kerajaan. Tumpang best bagi adik beradik sebab adik beradik aku semua government civil servant. Aku je servant PC sendiri.

Dan semaklum aku memang dah lama kakitangan kerajaan tak dapat bonus raya best-best ni. Walaupun tak ada sesiapa bagi bonus raya kat aku, anak-anak sedara aku tetap akan dapat duit raya juga dan aku tetap shopping raya juga.

bonus raya kakitangan awam

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, CUEPACS sudah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua bulan lalu dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, CUEPACS beberapa kali membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas ia sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus – Bernama.

viewed 3397

{ 1 comment… read it below or add one }

zul August 6, 2011 at 1:02 am

kalau dapat rezeki heheh

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award