South Sudan, Negara Baru Sudan Selatan

by KBLOG on July 10, 2011

in Semasa

email

sudan selatan

Dalam sibuk-sibuk Bersih 2.0 di Malaysia, negara lain nuuun di Africa ada yang berpecah dua. Maka, lahirlah Sudan Selatan dari Sudan. Dan nanti nanti, ada Sudan Utara dan Sudan Selatan, kan kan? Macam Korea Utara dan Korea Selatan namanya.

Sudan Selatan ialah negara ke-54 di Afrika. Keluasan Sudan Selatan ialah satu per tiga dari keseluruhan Sudan. Nampak tak saiznya yang bukan kecil tu?

south sudan negara baru sudan selatan

Pertama kali juga #SouthSudan trending di Twitter dan aku percaya trending ini yang terakhir, sama macam trending #EastTimor dulu. Dulu.. Sejarah kan berulang.

Semoga yang baik-baik untuk Sudan Selatan. Semoga pemimpin dipilih boleh memimpin dengan lebih baik.

south sudan negara baru sudan selatan“We have waited for more than 56 years for this,” said South Sudan’s president, Salva Kiir, wearing a signature black cowboy hat given to him by Mr. Bush. “It is a dream that has come true.” Credit: Tyler Hicks/The New York Times

Yang bertopi hitam itulah si tuan president. Malangnya topi hitam pemberian Bush tu… langsung tak membantunya untuk nampak kacak.

Kembali ke Malaysia, melihat negara-negara berpecah macam ni, bukan cerita bagus pun.

Imbas balik nota sejarah SPM dulu.

PUNCA-PUNCA KEJATUHAN MELAKA 1511
1. Pemimpin Yang Leka dan Abaikan Negara dan Agama.
2. Pentadbiran Kerajaan Kurang Bijaksana berbanding Tun Perak.
3. Laksamana Laut Melaka Kurang Beri Tumpuan Kapada Tentera dan Strategi.
4. Rasuah Berlaku Berleluasa.
5. Perpecahan sesama Melayu, India Muslim, Puak Tua dan Puak Muda.
6. Pengkhianatan Oleh Rakyat Tampatan dan dibantu oleh Orang Luar.

Malaysia?

Orang kata, sejarah sentiasa berulang.

viewed 2040

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award