Latest pasal PTPTN ni, kalau PNGK bawah 2.0 mereka akan hentikan PTPTN. Sebabnya, supaya belajar bersungguh-sungguh. Sebab lain yang tak dinyatakan, kita pikir logik ya… kalau PNGK bawah 2.0 sudah tentu la susah nak dapat pekerjaan. Bila susah dapat pekerjaan, susah la nak bayar balik pinjaman PTPTN. Huahauha Tu yang sebenarnya :-)
SUNGAI PETANI 17 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.
Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.
“PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan, dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim hari ini.
Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.
“Wang PTPTN adalah duit rakyat… jadi, kita terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah. – Bernama

{ 1 comment… read it below or add one }
ceh….part tu tau plak wang rakyat….tapi letak riba sampai 4% tu x consider rakyat yang BELUM KERJA lagi tu….politik sungguh la….perlu wujud saluran alternatif utk mereka bawah 2 CGPA….xkan nak berentikan mereka sebab xmampu byr yuran semua wey…kerajaan nak galakkan rakyat ke menara gading….PTPTN nak sekat pulak…mana perginya CSR PTPTN? Tanggungjawab sosial kene tengok gak la…perlu ada saluran rayuan…mungkin sedikit sebanyak terdapat masalah di pihak universiti ke…macam time aku dulu…lecturer pun x pandai nak ajar….kira matematik pun sentiasa salah…teknik pengajaran lagi la hampeh…BUKAN HANYA SEBAB STUDENT XNAK BELAJAR BSUNGGUH2 saja cgpa derang jatuh….adoiii…dahla PTPTN monopoli semua….yayasan negeri derang xsoh kasi biasiswa/pinjaman….semua mesti minta PTPTN…ini boleh bawak ke akta pencatutan x…haha