HUKUM FOREX lagi…

by KBLOG on June 2, 2011

in Agama,Bisnes dan Market

email

Sekali Zaharuddin update pasal forex, sekali bising pasal forex.

Dan timbul pelik di kepala aku, mereka-mereka yang cakap trade forex ni penganiayaan.. aku tak faham kot celah mana lah penganiayaan tu berlaku? Kononnya rugi besar kalau silap masuk trade. Setahu aku lah, yang selalu rugi besar ni bukan trader.. tapi orang yang masuk skim penipuan forex tu yang selalu rugi. Bagi RM300,000 untuk modal trade pastu dah lesap kena tipu tak dapat untung dorang pun bising lah. Macam kes Royaltyfx tu la… bagi duit kat orang suruh orang trade. Pastu Royaltyfx bungkus, si pelebur pun sibuk duk cakap forex kena tipu. Sendiri bodoh sebab bagi duit pada orang yang ntah duk mana-mana (kenal pun tak) tu sapa suruh?

In reality, modal forex tu setakat USD10 je pun dah boleh trade. Pandai-pandailah kembangkan modal tu jadi USD1,000. Jadi kalau modal USD10, kalau rugi pun setakat USD10 je la. Tak ada nye deposit modal ke akaun trading sebanyak USD10 pastu rugi USD1,000,000. Jadi, aku tak nampak penindasan pun dalam forex ni. Sama je dengan bisnes lain, banyak tu modal banyak tu juga boleh rugi. Blurr blurr aku tak nampak penganiayaan dan penindasan pun bab rugi-rugi dalam forex tu.

Se lagi.. sibuk je JAKIM tu duk bising forex haram ke halal.. baik JAKIM gi cek makanan yang konfem masuk perut tu suma yang ada kat supermarket tu ada logo halal yang sah ke tak. Ni tak, bab halal makanan pun tak settle, nak gi kacau bab forex yang banyak perbezaan pendapat tu.

Semaklum aku yang jahil ni, apa-apa kerja semuanya ok. Dah tentu ada keadaan yang halal dan dalam keadaan lain akan jadi haram. Sama je dengan kerja cikgu. Ingat semua cikgu tu halal ke gajinya? Kalau tak masuk kelas, ponteng kelas gi minum-minum.. tu makan gaji buta. Haram juga tu. Yang kerja kerajaan duk melantak di kedai-kedai kopi hisap rokok berkepul-kepul during office hour.. tu haram juga. Jadi, dah tentu ada forex yang halal dan ada forex yang haram. Cuba JAKIM mu explain bagi detail sikit bab halal haram ni. Bagi senang layman macam aku ni faham. Dan kenapa bagi bank boleh je berforex, tapi tak bagi retail trader.

viewed 4973

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award