Skim Latihan 1Malaysia

by KBLOG on June 1, 2011

in Kerja

email

Terbaru produk dari jenama 1Malaysia, ialah Skim Latihan 1Malaysia. Atau nama ringkasnya SLIM. Skim Latihan 1Malaysia ni akan dilancarkan oleh Najib pada Rabu (hari ni) akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.

Melalui Skim Latihan 1Malaysia ni, siswazah akan diberi latihan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan selama setahun untuk latihan, pastu akan diserap untuk bekerja di syarkat tersebut atau siswazah tu boleh je cari kerja di tempat lain.

Kumpulan pertama untuk skim ni ialah 3,000 orang yang diambil secara beransur-ansur dan dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dah puas aku cuba Google cari website pasal ni.. nak tahu juga syarat kelayakan dan cara mohon.. tapi belum jumpa.

PS: Aku rasa program ni sama je dengan Skim Latihan Siswazah atau Graduate Program je…cuma namanya je yang lain.

PPs: Ni pula Creative Director berenti kerja semata-mata nak lari 100km

viewed 2166

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Best Brooker Award