PAS Kelantan akan jatuh

by KBLOG on March 17, 2011

in Semasa

email

Masalah betul akhir-akhir ni. Nak kata kemarau panjang, tak. Sebab baru je hujan. Tapi air di Kelantan ni problem tahap dekat-dekat kritikal. Dulu, masa aku duk study UiTM Machang pun memang ada masalah air tiap-tiap hari. Masa tu menyewa rumah, terpaksa minta tuan rumah pasang enjin dan pump air. Kalau tak, nak berak pun tak boleh basuh berak. Dulu la…dulu. Sekarang? Masih sama.

Malah makin teruk. Sekarang aku dah di Kota Bharu. Masuk hari ni dah 2 minggu masalah air ni. Harapkan air dari Air Kelantan Sdn. Bhd.. jangan haraplah. Konfem tak dapat. Memang kena pasang pump juga.

Tak apa lah, bukan aku sorang macam ni. Hospital Raja Perempuan Zainab II pun ada masalah air juga. Ha’ah hospital. Hospital paling besar dalam Kota Bharu.

AKSB cakap problem paip pecah. Dulu, zaman student di uitm dulu pun alasan paip pecah jugak. Aku dah grad 2 tahun. Maksudnya, masalah paip pecah di Kelantan ni dah 2 tahun. Paip tu buat dengan emas ke sampaikan susah sangat nak ganti baru atau baiki?

Itu baru AKSB, belum MPKB yang diskriminasi peniaga-peniaga kecil dan aktiviti roboh bangunan..aktiviti duit kopi dan denda (yang resit denda tiada lah maujud pun..) dua badan ini, boleh jadi punca bencinya rakyat Kelantan kepada kerajaan negeri. Rasuah dalam MPKB bukan tahap biasa lagi..

Terus-terusan begini, tukar sahaja Air Kelantan Sdn Bhd kepada Angin Kelantan Sdn. Bhd. Sebab bila buka paip, yang keluar cuma angin.

Gambar di atas ialah 1/3 daripada bangunan aku. Diroboh pagi tadi oleh MPKB atas alasan yang aku tak jelas kenapa. Bangunan yang hampir 80% siap. Walaupun sebelum mereka roboh, peguam dah minta tempoh sehingga ahad untuk berunding. Tapi mereka tak dengar juga. MPKB tidak mahu berunding? Surat-surat mereka sebetulnya penuh helah. MPKB cakap kami bina baru bangunan ni, sebetulnya binaan ni diubah dari kayu kepada batu. Nantilah, lawyer kami akan uruskan hal selanjutnya.

Malas aku nak pikir, ini baru sedikit. InsyaAllah dividen Tabung Haji tahun depan boleh cover balik rugi ini. Banyak lagi rumah dan bangunan lain diroboh di Kota Bharu ni. Oh ya, bangunan sebelah kanan tu pun kami punya juga. Tapi bangunan itu lulus sahaja. Kenapa yang sebelah ini tidak lulus. Satu yang aku pasti, binaan ini bebas rasuah. Nah, inilah akibatnya jika tidak rasuah. Bangunan kanan yang sudah siap itu, aku akui.. ada beberapa resit yang diterima tidak sama dengan amaun yang dibayar. Well.. inilah islamic city yang kamu agung-agungkan. Dulu ya, aku sokong PAS. Tapi lepas ni? Allahu’alam.

Tanpa Nik Aziz, aku yakin PAS Kelantan akan jatuh tersungkur.

PRU 13 tak lama je wahai pemimpin negeri.. kamu nak aku undi BN ke?

Mereka kini dalam zon selesa lepas menang besar pilihanraya sebelum ini. Tapi jangan lupa, pilihanraya terdahulu.. yg PAS Kelantan menang cuma majoriti 1 kerusi. Perkara sama akan berulang malah mungkin lebih hebat. Jika begini pemimpin PBT tempatan, kemudahan asas penduduk terabai… wait and see. The history will repeat.

Oh ya, aku belum tunjuk gambar PBT rampas barang-barang jualan makcik-makcik di pasar. Aku belum tunjuk gambar peniaga cina dengan bebasnya berniaga di tepi jalan sehingga mengganggu lalu lintas di Jalan Kebun Sultan (kalau mereka Melayu, dah tentu van mereka ditarik oleh MPKB). Aku belum tunjuk kiosk-kiosk milik MPKB yang dibina diatas longkang di tepi jalan (kalau org awam yg bina, dalam tanah sendiri pun sudah tentu diroboh). Dan itu dan ini…

Rabbi.. selamatkan Kelantan ku yang permai. Dari tangan-tangan yg mungkar.

viewed 5504

{ 9 comments… read them below or add one }

Fazli March 17, 2011 at 11:06 pm

bangunan apa tu bro?

Reply

kidblogger March 18, 2011 at 1:06 am

bangunan kedai

Reply

feyus March 18, 2011 at 4:58 am

Hanya Allah yg mengetahui hikmah disebalik apa yg berlaku…

Reply

krf kak mie March 18, 2011 at 3:02 pm

Wanna talk about bribery and greedy? oh… ever since the war of Uhud, the bribery and greed had proven its power again human. Imagine how the ‘sahabat’ ( the archeries) who had been ordered by Rasulullah not to leave the Bukit Uhud for whatsoever reason. Yet, they had ignored the order because of gold and diamond. Pada hal, mereka adalah sahabat Rasulullah yang dijamin Syurga untuk mereka.., yang tebal keimanan mereka…pun hanyut…inikan pula kita manusia biasa. So…kira ok la kot apa yang depa buat tu…Pendapat kawe jer…

Reply

krf kak mie March 18, 2011 at 3:06 pm

sorry for typo error, the word ‘again’ is supposed to be ‘against’ in my previous comment.

Reply

Cik Ila March 18, 2011 at 3:43 pm

ambo klate gop! hehe

Reply

Pengundi BN March 27, 2011 at 8:30 am

Undi je BN lak mpkb teruk sgt tu.!

Reply

kidblogger March 27, 2011 at 9:36 am

yes tu la yg ada dlm kepala aku skrg ni

Reply

Azizul April 24, 2011 at 5:58 am

Assalamualaikum…Yer dari sudut Pembangunan perlulah kita undi BN…Berilah peluang pada BN sekali lagi…BN ada UMNO juga melayu dan Islam…Hamba bukan obsess mana2…tidak boleh sekiranyo kito duk maki hamun sgt sesamo kito loni kalu kito xnapok ngen mato palo kito…ambo tok sey la royak hok fitnah2 ni,loni ore byk wak tubik hadith pastu duk fitnah ore kok sey…terutamo kaum kito…berak do`oh kalu kito kato gitu…kalu jahat do`oh royak moleklah…bendo tok napok tok leh royak adik kakok…bukey kito tok pakoh pas kito keluar Islam atau dilaknat Allah…pegilah rujuk pada dasar dulu ,kito serupo jah…nak perubahan didalam ekonomi baru ore Islam kito kuat…sapo2 wat keluar hadith buleh tapi keterangan jgn disalah erti utk kepentingan parti sgt…ianya jadi kucar kacir…negara kito aman lagi,kalu kito mulakan dulu baru ada yang lain mulakan kebaikan…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: